Monday, April 13, 2009

Bukan Mudah Untuk Mendapatkan Sesuatu,Tapi Lagi Sukar Untuk Mengekalkannya..

Jan tertipu ngan gambar d sebelah ni..nmpak macam ok ja kan??? Tapi sebenarnya 1o minit selepas itu,aku kna elektrik..heheheh..men2 ja..Apa yg aku nk ckp sebenarnya mengenai pengalaman diri sendiri aku..jadikan sebagai renungan dan pengajaran bagi mereka d luar sana..

Telah menjadi lumrah bagi seseorang manusia itu untuk menghargai sesuatu benda yang d sukainya hanya selepas mereka kehilangannya..Inilah yang terjadi dekat diri aku sendiri..tapi belum hilang lagilah..Alhamdulillah..tapi perasaan hampir hilang itu sudah cukup untuk menyedarkan aku tentang perit kehilangan sesuatu yang kita suka..

Bayangkan berapa banyak waktu,wang, dan tenaga bahkan kadang2 maruah kita juga untuk mendapatkan sesuatu,tapi setelah kita dapat benda yang kita inginkan kita buat sambil lewa ja sehinggalah ketika benda itu hampir atau telah hilang dari genggaman kita...macam org putih cakap "Take for Granted" yang maknanya aku pun tak tau..kui3x..itu bagi yang sukar untuk d perolehi..bagaimana dengan benda2 yang kita telah perolehi tanpa usaha..seperti agama kita,ibubapa kita, dan lain2 lg..manusia lebih cenderung untuk mengabaikan benda2 ini sehinggalah apabila kehilangannya..

cuba renungkan kembali sejenak,tentang semua nikmat yang telah Allah SWT berikan kepada kita..keluarga,ibubapa,anak,kerja,pelajaran dan setiap peluang yang d beri-Nya dan tanya pada diri sendiri sejauh mana benda2 ini berharga pada diri kita dan adakah kita telah melakukan apa yang sepatutnya bagi menghargai nikmat2 ini..

adakah kita telah melaksanakan tanggungjawab sbagai seorang anak kpada ibu bapa kita?
adakah kita berjaya sebagai abang atau kakak kepada adik2 kita?
adakah kita ikhlas melakukan kerja kita sbgai pegawai atau pekerja?
dan lain2 lg...

kadang2 bukan kita tak sayang benda ni semua..cuma alpa akan kewujudannya kerana telah lama bersama kita..maka kerana itulah kita kadang2 bahkan spatutnya selalu merenung semua nikmat yang kita perolehi agar kita mampu menjaganya dgn baik...

1 comment: